Wednesday, 10 April 2013

Menanti Hari Penamaan Calon Pada 20 April 2013


Di sini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang latar belakang calon Parti Basikal Bahagian Bukit Gantang iaitu Y.B Mohd Sobrie bin Abdul Mutalib. Dilahirkan pada 24 April 1985, beliau merupakan seorang anak jati Perak kerana dilahirkan dan dibesarkan di Taiping, Perak. Beliau sudahpun beristeri dan dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel. 

Dalam bidang pendidikan pula, beliau telah menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir. Untuk pengetahuan bersama, beliau sangat fasih dalam berbahasa Arab dan juga Urdu. Ini merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh beliau untuk berkomunikasi dengan orang dari luar negara. 

Beliau juga seorang yang sangat bertanggungjawab, rajin, berdisiplin dan sangat mesra dengan rakyat jelata. Tidak hairanlah sekiranya rakyat menyenangi sikap yang ada pada beliau. Selain itu, beliau turut mendapat nama jolokan 'Sob Sekupang' kerana sikap beliau yang suka menderma tanpa mengira masa dan tempat. 

Undian kini di tangan anda. Nilailah sebaik yang mungkin untuk kesejahteraan kita bersama di masa yang akan datang. Hidup YB!!! Hidup YB!!! Hidup YB!!!

No comments:

Post a Comment